Friday, 28 October 2011

"Doa"...

Erm.. "Doa"... Sebut saja doa, saya percaya setiap antara kita mulakan hari yang baru dengan doa..

Saya akan rasa lebih diberkati dalam setiap perkara yang hendak dilakukan dengan berdoa.. 

Dalam doa, yang saya dahulukan bukannya saya.. Saya sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa saya. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dianugerahkan ibu bapa yang amat menyayangi saya, sanggup berkorban apa saja untuk memberi yang terbaik untuk saya.Tanpa mereka, tak mungkin saya berada pada kedudukan saya sekarang, tak mungkin saya mendapat peluang belajar di peringkat ijazah. Bapa saya, tidak memiliki kekayaan dan kemewahan dalam hidup. Seperti kebanyakan bapa, dia sentiasa berusaha beri yang terbaik untuk saya dari segi kemahuan dan keperluan saya. Hanya dengan pendapatan menoreh getah, dia sanggup buat apa saja untuk saya hanya kerana satu perkara. Dia tidak mahu nasib saya sepertinya. Terima kasih, bapa. Begitu juga dengan ibu, walaupun tak pernah merungut untuk melayan kerenah dan sikap saya yang kadang-kadang menyakiti hatinya. Saya seringkali berdoa, saya tak mahu melakukan dosa-dosa yang boleh mengecewakan ibu bapa saya. Ibu saya ada 4 orang adik beradik dan ibu saya anak sulung. Mereka menjadi anak yatim selepas kematian ibu mereka time mereka masih kecil lagi. Oleh kerana emak saya mau adik beradiknya berjaya dalam hidup dan berpelajaran, emak saya tidak bersekolah dan pada usianya berbelas-belasan tahun, dia terpaksa bekerja dengan datuk saya bagi menyara hidup dan memenuhi keperluan adik beradik yang lain. Oleh kerana itu, satu-satunya hasrat terbesar emak saya, dia mau saya berjaya dalam pelajaran dan ingin saya memiliki peluang yang tak mampu emak saya miliki dari kecil, iaitu peluang berjaya dalam pelajaran. Begitu juga dengan keluarga saya yang lain yang sentiasa memberi saya semangat dalam pelajaran. Keluarga yang sememangnya amat menyayangi diri saya. I really miss my FaMiLy.

Sesungguhnya, saya sebagai anak memiliki tanggungjawab besar untuk keluarga dan memenuhi hasrat kedua-dua orang tua saya. Oleh sebab itu, saya dahulukan ibu bapa dan keluarga saya dalam doa saya.

Yang kedua, siapa lagi jika bukan doa untuk diri sendiri.
Saya berdoa kepada Tuhan supaya saya menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab pada keluarga dan diri saya. Saya sedar akan kerisauan ibu bapa dan keluarga saya time berjauhan dengan saya. Sememangnya, parent saya pada mulanya tidak mengizinkan saya belajar jauh dari Sarawak, tapi mereka sedar, saya perlu belajar berdikari dan belajar bertanggungjawab. Malahan, saya juga sedari, lambat laun, saya akan berjauhan juga dengan mereka. Sebagai contoh, mungkin saya mendapat peluang pekerjaan di bahagian-bahagian tertentu di Malaysia, dan bukannya di Sarawak. Mungkin Sabah atau di Semenanjung Malaysia. Nasib dan masa depan kita, hanya Tuhan yang menentukan dan tetapkan. Orang kata, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Oleh itu, saya hanya mampu berdoa agar diberi petunjuk dan dipimpin Tuhan dalam setiap perkara yang akan / ingin lakukan. Sesungguhnya, saya berserah penuh akan hidup saya kepada Tuhan seperti rencana hidup saya dan masa depan saya. Mengikut kepercayaan kami Kristian, "Doa yang penuh keyakinan dan doa orang yang benar, besar kuasanya." 

Tidak lupa juga, saya turut berdoa akan kejayaan dan kesejahteraan rakan-rakan saya. Kawan-kawan rapat saya di Sarawak iaitu Victoria, Nati, Shafariena, Douglas, dan Alice yang kini masing-masing sedang belajar di Unimas, di UiTM, dan di Sabah, saya tidak pernah lupakan kebaikan kalian. Yang sering kali membantu saat saya memerlukan, yang pernah bersama dalam suka dan duka. Sungguh saya tak dapat balas kebaikan kamu semua. Hanya satu yang mampu saya lakukan, iaitu berdoa untuk kalian. 

Begitu juga dengan kawan-kawan saya di Negeri Sembilan dan study di Kolej yang sama dengan saya. Terutamanya, Sabrina, Mary, Noi, Qiela, Dhasha, Ejah dan Ira yang begitu baik dengan saya. Saya bersyukur kerana mendapat kawan seperti kamu semua. Ada orang mengatakan, kawan yang baik ialah kawan yang jujur dengan kita, sentiasa mendoakan kita, dan menegur serta mengkritik kita dari bila kita membuat kesilapan. Cuba bayangkan jika kita mendapat kawan yang hanya bersama kita saat senang saja. Tapi, bila kita memerlukan, ada pula yang memberi alasan. Bila kita buat salah, dia orang buat bodoh dan buat-buat tak tau saja.  hancur lah hidup. 
Sebab itu saya katakan saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana mendapat kawan seperti Sabrina, Mary, Noi, Qiela, Dhasha, Ejah dan Ira ketika berjauhan dengan keluarga. Kawan-kawan yang memberi inspiri kepada saya, yang ambil berat tentang saya. Tq, girls.. (^_^).. Live in bless always..

Kesimpulannya, untuk diberkati dalam hidup, saling menDOAkan antara satu sama lain. (^_^)...















Thursday, 6 October 2011

Misteri Segitiga Bermuda

 Misteri Segitiga Bermuda 






Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga sebenar, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imaginasi sahaja. Bila kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini milik orang Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, iaitu di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih mengerikan dari Segitiga Bermuda. 

Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air. Disimpulkan, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.

Tidak cukup bila menghuraikan seluruh peristiwa, dan itu juga tidak menjurus pada penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai Segitiga Bermuda. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yang berupa lubang di langit. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk ke dalamnya serta hilang tanpa dikesan. Dari misteri "Lubang di Langit" ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit tersebut dianggap semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya pertanyaan tanpa jawapan.

Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau Lidah Lautan. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahama. Banyak yang belum diketahui tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang tahu.

Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole, yaitu semacam gua lautan. Dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole itu, dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?


              


TAHUKAH ANDA TENTANG KEAJAIBAN MANUSIA???

TAHUKAH ANDA TENTANG KEAJAIBAN MANUSIA???
Secara fizikal, keajaiban manusia dapat dilihat daripada bentuk tubuh badan manusia yang disokong oleh 200 batang tulang yang dipahat secara unik dan sempurna, 500 otot dengan ribuan juta otot dan serat saraf yang panjangnya kira-kira 11KM saling berhubung dengan baik tanpa ada pertindihan tugas antara satu saraf dengan saraf yang lain.

Jantung manusia berdenyut sebanyak 100,000 kali sehari, mengepam 25,000L darah sehari ke sekuruh tubuh, mata manusia dapat membezakan 10,000,000 warna, panjang pembuluh darah mencapai 100,000KM dan sekiranya disambung dengan serat-serat otot yang dimiliki manusia, ia dapat memberi lebih kurang 25 tan daya tarik kekuatan otot apabila seluruh otot disalurkan ke arah yang sama.

Selain itu, dalam tempoh 24 jam jantung orang yang normal berdenyut 103,689 kali, darah menempuh perjalanan sepanjang 168,000,000 batu, bernafas sebanyak 23,040 kali, menghirup udara sebanyak 483M3, menelan 1.5Kg makanan dan minum 3.5L air, berkata-kata sebanyak 25,000 patah perkataan, menggerakkan 750 otot, kuku tumbuh sepanjang 0.00012cm dan rambut tumbuh sepanjang 0.94353cm.

Lebih menakjubkan lagi, semua ini dikendali dan dikawal oleh sebuah organ yang besarnya hanya sebesar sekepal tangan dengan berat lebih kurang 1.5Kg iaitu otak. Sekiranya diteliti lebih lanjut, otak terdiri lebih dari satu trilion sel otak yang jumlahnya setara dengan 167 kali jumlah penduduk bumi