"Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda."
( Jim Rohn )
Melihat kata-kata hikmat ini, saya dapat belajar sesuatu yang baru dalam hidup saya. Bagi saya, apa yang dikatakan oleh Jim Rohn ini memang benar. Daripada petikan beliau tersebut, baru saya sedari cara belajar saya salah.
Apa yang mau saya kongsikan dengan kawan-kawan sekalian, ialah pendapat saya mengenai petikan ini, iaitu "Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda." Pada pendapat saya mengenai petikan ini ialah, setiap perkara yang ingin kita lakukan haruslah ada ketetapan. Maksudnya, apa yang kita rancang, harus disusuli dengan tindakan seperti yang dirancangkan. Apa yang kita rancang tu, sebaik-baiknya dilaksanakan. Masalahnya, macam mana mau laksnakan perkara-perkara yang kita rancangkan?
Na, kawan-kawan. Bagi menjelaskan maksud petikan Jim Rohn ini, saya akan beri satu contoh situasi. Tak perlu saya peningkan kepala fikir nak bagi contoh apa. Senang saja. Contohnya, cara kehidupan sebagai pelajar lah.
Saya pun pelajar, jadi kebanyakan masalah yang saya hadapi juga turut dihadapi kawan-kawan sekalian. Dalam masa kita belajar, kita menghadapi masalah pembahagian masa. Mungkin, ada antara kita ada buat Private Revision's Schedule. Ini yang dikatakan perancangan, iaitu ada jadual study untuk setiap subject. Tapi, adakah kita ada melakukan revision mengikut jadual tersebut? Mungkin ada ya memang ikut, dan mungkin ada yang tak pandang langsung pun jadual tersebut.
Jadi, untuk memastikan kita benar-benar ikut jadual study tersebut, kita harus ada disiplin diri. Bila kita ada disiplin diri, mustahil kita tak buat revision seperti yang kita rancangkan dari jadual study tersebut. Secara ringkasnya, inilah yang kita katakan, usaha yang ada disiplin diri.
Sebagai pelajar, kita harus ada disiplin diri dalam pengursan masa yang berkesan jika ingin berjaya..
All the best in our study.. God bless us..
No comments:
Post a Comment